09:29 1

Isteri Mat Yo Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Menerusi Berita Harian, isteri Mat Yo, Siti Aisya memohon maaf terhadap semua rakyat Malaysia atas kesalahan tersebut.

Adakah Siti Aisya ada meminta maaf kepada pakcik tersebut. Mungkin sudah ada. Tapi seeloknya Siti Aisya memohon keampunan kepada pakcik yang dimakinya itu selain mencium tangan, mengaku bersalah dan bertanya khabar.

Jom baca kenyataan Siti Aisya:

Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak. Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis

Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul

Apapun, sama-sama kita nantikan siasatan polis berhubung perihal ini.

1 comments:

  1. chett..poooodahh. masih lagi nk salahkan si penyebar video.. kalau video tu tak disebar,ade minah poyo aka bini matyo nk mintak maaf mcm ni?

    ReplyDelete