Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin, 41 tahun kini telah pun menutup aurat dan berhijrah kepada yang lebih baik. mengakui agak tersasar dan sering melanggar perintahNya, kini Eja berazam untuk melaksanakan arahan Allah iaitu solat 5 waktu.
Jom ikuti temubual Eja:
"Sebagai manusia, banyak kekurangan yang saya miliki kerana sibuk dengan hal-hal dunia dan sepanjang 17 tahun berada dalam industri seni, kadang-kadang saya lupa terhadap kewajipan saya.
"Tetapi sejak pulang daripada mengerjakan Umrah buat kali keempat, hati dan fikiran saya sudah mula berubah.
"Saya memastikan diri ini tidak tinggalkan solat dan seandainya terlepas dengan tidak sengaja, saya akan qada semula. Selebihnya saya serah kepada Allah," katanya.
Alhamdulillah, syukur jika Eja sudah berubah. Khabarnya memakai tudung tidak menutup rezeki beliau sebagai seorang artis. Dia masih menjadi duta sebuah kecantikkan dan giat berlakon di bawah arahan Ahmad Idham dan Bernard.
0 comments:
Post a Comment