Ini ekoran tindakan wanita itu yang terlebih dahulu mengugut untuk mengambil tindakan saman ketika sedang memaki hamun pengawal keselamatan Lapangan Terbang Skypark Subang pada 12 September lalu.
Menurut Mukhveer Singh Gill, adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk melakukan apa saja bagi mempertahan dan melindungi hak pekerjanya.
Paling menarik, ramai peguam sanggup menawarkan khidmat percuma kepada Azman namun ditolak oleh pihak syarikat.
Sejak video rakaman itu dimuatnaik beberapa hari lalu, jumlah views yang diterima hampir mencecah satu juta (930,931) dan seterusnya mencipta rekod tersendiri sebagai video peribadi paling banyak ditonton.
0 comments:
Post a Comment