14:46 0

Pengasuh Berborak Abai Kanak-kanak

Laporan MynewsHub:
BUKAN sedikit kes kecuaian dan pengabaian kanak-kanak yang kita dengar akibat sikap ibu-bapa yang menyerahkan segala urusan kepada pembantu rumah.
Terbaru melalui Stomp Straits Times, seorang pembaca yang dikenali sebagai Josh telah menghantar gambar yang menunjukkan imej seorang kanak-kanak kecil bermain di atas pembahagi jalan berhampiran sebuah taman.
Pada masa yang sama, wanita dipercayai pengasuh atau pembantu rumahnya dilihat sedang berborak dengan rakannya di bawah pokok.
Foto yang dirakam di kawasan Tanjung Rhu, Singapura, semalam itu juga telah dimuatnaik ke laman sosial Facebook.
Josh turut memberi pesanan kepada ibu-bapa agar tidak memandang remeh perkara sebegitu kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak walaupun jalan kelihatan sunyi dari laluan kenderaan.
“Jangan tinggalkan segala-galanya kepada pembantu rumah,” katanya.


Kredit Foto: STOMP

0 comments:

Post a Comment