09:39 3

Tiada ikatan selama 10 tahun

Tindak-tanduk seorang wanita berusia 29 tahun yang sering kali berulang-alik ke rumah kekasihnya yang bukan Islam menimbulkan tanda tanya penduduk sekeliling selama ini akhirnya terbongkar. Kelakuan sumbang pasangan berkenaan terbongkar apabila kediaman lelaki itu yang terletak di Jalan Mustafa, di sini, diserbu kira-kira jam 3 pagi semalam, oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat. 

Turut menyertai serbuan itu adalah anggota dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pasangan yang didakwa bersekedudukan hampir 10 tahun itu turut memiliki seorang anak lelaki berusia lapan tahun. 

Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, wanita berasal dari Kelantan itu pada mulanya enggan memberikan kerjasama dengan mendiamkan diri. Bagaimanapun, setelah beberapa kali dipujuk, wanita terbabit akhirnya akur dan keluar dari bilik seterusnya menceritakan situasi sebenar. “Wanita itu dipercayai bersekedudukan dengan kekasihnya yang bukan Islam di sebuah rumah sejak 10 tahun lalu. 

Wanita itu juga mengakui tidak lagi mengamalkan ajaran Islam seperti solat dan sebagainya,” katanya, di sini. Saiful Ariffin berkata, hasil pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik di kediaman pasangan ber- kenaan mendapati seorang kanak-kanak berusia lapan tahun sedang nyenyak tidur. 

Menurutnya, wanita terbabit turut mengakui kanak-kanak itu adalah anak hasil hubungan dengan kekasihnya. Mengikut surat beranak yang disertakan, anak itu tidak berbinkan kepada sesiapa dan pihaknya percaya dia adalah anak tidak sah taraf. Bagaimanapun, pihaknya masih menyiasat agama yang dianuti kanak-kanak berkenaan. 

“Setakat ini, pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 23(1)(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997 dan mereka akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan selesai berhubung kesalahan yang dilakukan “Kita menasihatkan agar keluarga memainkan peranan penting bagi mengelak anak tersasar jauh daripada ajaran Islam,” katanya. 

Saiful Ariffin memberitahu, operasi itu bertujuan membendung kegiatan sumbang yang semakin menular dalam kalangan anak muda sejak kebelakangan ini. Tambahnya, operasi seperti ini juga akan dilakukan dengan lebih kerap, tertumpu kepada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti itu.
- Sinar Harian

3 comments:

  1. terlalu ikutkan hawa nafsu dan membelakangkan ajaran agama islam..inilah jadinya..kesian budak kecil tu tak dibinkan pada sesiapa..macam mana nk daftar utk ke sekolah....semoga dia bertaubat..

    ReplyDelete
  2. ? Please la eh. Brapa ramai pasangan Islam yg ada ikatan sah TAPI juga TAK SOLAT, dan dah lama tglkan ajaran islam. Mereka islam hanya pada kad pengenalan. Dlm kes pompuan Kelantan ni, dah bagus tu anak dia ada surat beranak, lebih bagus dari dilahirkan scara rahsia & tiada surat beranak. Tentang perihal persekolahan, susah-susah pun, anak tu harus diberi tempat di sekolah, betul tak? Dia tetap rakyat M'sia yg boleh sumbang kpd negara, betul tak? Kalau dia bukan Islam adakah dia akan dihalang dari mendapatkan pelajaran? Kalau nk hukum pun hukum lah ibu bapanya. Tapi sbenarnya buat apa nak kecoh2 sangat? Dlm Islam tiada paksaan. Semasa pasangan tu bersekedudukan mereka ada susahkan org lain ke? Ada ramai lagi orang islam lain yg sentiasa menyusahkan org dgn membuat macam2 jenayah (termasuk terrorism), merekalah yg sepatutnya dikecohkan. Bukan pasangan ni.

    --Siti

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ya...wlupun psngna islam yg kmu mksudkan sah ikatannya tpi tak solat adalah lbih baik sbb dorang tak buat dosa besar sampai berzina...kmu tau kah hukumnya zina tu...klau kmu org islam yg sejati kmu tak akan beri komen begini...kesian kamu...

      Delete