Searching...
15:35 0

Nurul Wahab selamat bersalin

Hebat juga Nurul Wahab, baru pagi tadi selamat bersalin tengah hari ini sudah menulis di blog rasmi beliau menceritakan proses kelahiran bayi sulung beliau bersama suami, Eric Depp. 

Nurul Wahab menulis yang beliau telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 10.28 pagi tadi secara normal dan memberikan nickname Baby Z kepada anak kedua beliau ini. 

“Syukur alhamdulillah aku dah selamat melahirkan baby ‘Z’ jam 10:28 pagi tadi. Baby sihat dan begitu juga aku. Baby ‘Z’ dilahirkan secara normal dan beratnya 3.026 kg. semuanya okay” “Aku sakit tak lama. 

Bermula jam 10:30 malam semalam – 1 jam sekali sakitnya – jam 3.00 pagi langsung ke hospital. 

Syukur alhamdulillah berkat doa semua, pengalaman kedua ini amat mudah bagi aku,” tulis Nurul Wahab sebentar tadi. 

Nurul Wahab dan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012. 

Hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer terkenal Ajai, penyanyi itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, berusia 15 tahun. 
-rotikaya


0 comments:

Post a Comment