15:39 1

Nenek PM Najib Razak & Hishammuddin Disahkan Salah Seorang Penumpang MH17

Nenek Tiri PM Najib Razak & Hishammuddin Disahkan Salah Seorang Penumpang MH17


Portal mStar telah membuat kenyataan bahawa nenek tiri kepada Najib Razak & Hishamuddin merupakan salah seorang penumpang MH17 yang terhempas.

Sumber rapat dengan keluarga pemimpin berkenaan memberitahu Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah yang juga datuk kepada pemimpin Malaysia iaitu PM Najib dan Menteri Hishammuddin.

Dari sejarah keluarga, Mohd Noah adalah bapa kepada ibu Najib, Tun Raha dan ibu Hishammuddin, Tun Suhaila. Ibu Najib dan Hishammudin merupakan adik beradik.

PM Najib dan Hishammudin adalah sepupu dan atuk mereka iaitu Mohd Noah telahpun meninggal dunia pada 1990.

Jurucakap keluarga itu, bernama Dr Faridah berkata "Beliau seorang wanita yang baik hati dan cantik. Beliau juga suri rumah yang menjaga datuk saya dengan baik."

PM Najib dan Hishammudin telah menerima berita tersebut.



1 comments: