20:32 0

Bade Tampil Jelaskan Status Sebenar Dengan Erma Fatima

Bade Jelaskan Status Sebenar Dengan Erma Fatima

Status perkahwinan Bade dan Erma Fatima kerap menjadi tumpuan akhir-akhir ini.

 Kali ini Bade sendiri tampil jelaskan kedudukan dan status sebenar Erma Fatima. Adakah ada tuntutan cerai?

Jom dengar apa kata Bade:

"Erma masih isteri saya dan saya masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami kepadanya dan bapa kepada anak-anak saya.

"Saya juga masih sayangkan Erma setelah kami sama-sama melalui kehidupan berumahtangga berpuluh tahun.

"Saya ada dengar gosip ini apabila kawan-kawan saya ada telefon bertanyakan mengenainya. Saya tak mahu komen apa-apa kerana ianya memang tidak berlaku seperti yang dikatakan,"

 Erma Fatima dan pengarah, Bade telah berkahwin 14 tahun lalu pada 30 November 1990 dan mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 21, Ahmad Arir, 19, Ahmad Aifin, 17, Citra, 12 dan paling kecil Nurain kini berusia lapan tahun.


0 comments:

Post a Comment