06:00 0

Mamat Khalid Dikejarkan Ke Hospital Akibat Serangan Jantung


Mamat Khalid Dikejarkan Ke Hospital Akibat Serangan Jantung


Pengarah filem popular dan terkenal, Mamat Khalid telah dikejarkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya pada pukul 8 pagi akibat dari mengadu sakit dada disyaki terkena serangan jantung.

Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid kini berumur 51 tahun dan dilaporkan telah stabil dan setelah dirawat di coronary care unit (CCU).

Ini kenyataan dari isteri Mamat Khalid (kosmo)

"Kami sekeluarga berada di Kuala Lumpur untuk sesi persiapan Festival Filem Malaysia (FFM) di Seremban, namun ada pukul 8 pagi tadi, dia mengadu sakit di bahagian dada.

"Saya terus menghantar dia ke hospital terdekat kerana bimbang sakitnya berpanjangan. Selepas mendapat rawatan awal, doktor terpaksa menahannya di wad berikutan tekanan darahnya yang tinggi melepasi paras normal.

"Bagaimanapun, keadaannya kini dilaporkan stabil dan dia masih berada di wad sementara menunggu keputusan doktor untuk mengesan punca sebenar serangan jantung tersebut,"

Isteri Mamat Khalid juga akui pengarah itu pernah mengalami symptom yang sama iaitu sakit di bahagian dada namun Mamat Khalid berdegi tidak mahu mendapatkan rawatan.

0 comments:

Post a Comment