Showing posts with label Aidil ‘Galak’ Bercinta Dengan Jue Aziz?. Show all posts
Showing posts with label Aidil ‘Galak’ Bercinta Dengan Jue Aziz?. Show all posts
17:04 0

Jue Aziz nafi ada hubungan dengan Aidil




jue aziz



Pasti ramai yang terkejut apabila Jue Aziz dikatakan bercinta dengan Aidil Zafuan seperti yang dikeluarkan menerusi Metro Ahad baru-baru ini. Percintaan mereka dikatakan berputik selepas dikenalkan oleh Ayu Raudhah. Namun hari ini, menerusi suratkhabar Kosmo, Jue Aziz tampil menafikan yang dia mempunyJue mengakui mengenali Aidil namun hanyalah sekadar kenalan biasa. Malah Jue berkata yang semenjak dua ini dia sememangnya sibuk dengan penggambaran di luar Kuala Lumpur dan tak mungkin mempunyai masa untuk keluar berdua-duaan dengan Aidil. Kata
18:39 0

Belum Sah Bercerai, Aidil ‘Galak’ Bercinta Dengan Jue Aziz?


Siapa tidak kenal dengan diri pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan.
Tetapi, namanya hanya lebih dikenali melalui kontroversi kisah rumah tangganya yang tidak ada surut.
Namanya mula menjadi hangat apabila kisah dia bernikah dengan aktres, Rita Rudaini secara senyap-senyap di Thailand.
Selepas tersebarnya cerita nikah mereka, dikatakan pula keluarga tidak merestui hubungan mereka.
Jadi, bermulalah pergolakan sedikit demi sedikit dalam hubungan suami isteri Aidil dan Rita.
Tahun pertama mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, hubungan mereka kembali stabil.
Namun, kembali retak selepas kelahiran anak kedua.

Hingga kini, boleh dikatakan Rita dan Aidil melepaskan penat dengan hanya turun naik ke mahkamah sahaja untuk menyelesaikan kes tuntutan perceraian Rita yang masih lagi tiada noktah.
Terbaru, menerusi laman Rotikaya.com, Aidil dikatakan sedang hangat bercinta dengan Jue Aziz.
Khabarnya, Jue Aziz juga tidak kisah dengan status yang dipegang oleh Aidil yang masih lagi suami orang.
Mereka juga dikatakan sering dilihat keluar bersama-sama.
Amat memeranjatkan juga apabila perkenalan antara Jue Aziz dengan Aidil adalah melalui iparnya sendiri, Ayu Raudhah.
Kiranya, Ayulah yang menjadi penghubung hubungan cinta mereka.