10:09 0

Adira "saya bukan lesbian"


Adira menjelaskan di dalam BiPop semalam yang hubungannya dengan Zack tidak lebih daripada sekadar kawan biasa. Malah Adira dan Zack sudah lama tidak berjumpa. Namun begitu, Adira tidak menafikan yang dia mempunyai ramai kawan daripada golongan pondan dan pengkid. Paling penting, kata-kata Adira di bawah menunjukkan yang dia ialah 100% wanita normal:-
Saya dah letih apabila orang terus bercakap saya mempunyai hubungan terlarang dengan Zack. Terus terang, selera saya masih terhadap lelaki dan mencintai lelaki, saya lurus, bukan bengkang-bengkok. Sekiranya saya keluarr dengan golongan pengkid mahupun pondan, kami tidak pernah keluar berdua, pergi melepak pun beramai-ramai.
Namun Adira tidak menafikan yang dia pernah memanggil Zack dengan gelaran “darling” yang baginya adalah panggilan biasa untuk kawan-kawan perempuan. Abang Nara pun rasa golongan wanita ini memang suka panggil member-member dengan nama sebegitu. So tak ada isu besar di situ. 

0 comments:

Post a Comment