02:47 0

Fazura nak bersara dari dunia lakonan?


Filem Bujang Terlajak yang akan ditayangkan pada 19 Januari ini adalah buah tangan terakhir sulung dan terakhir buat pelakon terkenal Fazura, bagi tahun 2012. Memetik kenyataannya di laman porta Gua, selepas ini dia tidak hanya menolak tawaran berlakon filem, malah turut melakukan perkara yang sama terhadap bidang lain termasuk pengacaraan.

Dikhabarkan juga sebelum ini Fazura yang sepatutnya membawakan watak yang digalas Lisa Surihani dalam filem Istanbul, Aku Datang. Namun pelakon yang popular menerusi Gol & Gincu ni menjelaskan, sebagai seorang pelakon dia sentiasa mencari kelainan, menitikberatkan skrip juga watak yang akan dilakonkan. Sekiranya tidak sesuai atau dalam kata lain, tidak mampu membuatkan dia sendiri jatuh cinta pada karakter itu, dia akan menolak. 

Fazura juga menegaskan persaraannya dari layar televisyen mahu pun filem bukan disebabkan hubungan cintanya dengan kerabat diraja, sebaliknya ia kemahuan ibunya sendiri. Kata Faz, ibunya bimbang dengan cerita-cerita negatif yang timbul mengenai dia dan kerjayanya.

Walaupun begitu, minatnya terhadap dunia lakonan masih mendalam. Bahkan Fazura sendiri masih kuat menyimpan impian mahu membawakan watak perempuan jahat. Tapi apakan daya sehingga kini dia masih dibayangi dengan mainan karakter yang tipikal dan sinonim dengan dirinya.

Beberapa bulan lalu, penulis ada menemuramah Fazura dan memang dia ada menyatakan hasratnya untuk bersara daripada berlakon. Katanya mahu menumpukan kepada bidang perniangaan yang baru di ceburi. Selepas ini pasti kita akan merindui gelagat dan perwatakan wanita berusia 28 tahun ini, baik dalam drama mahupun filem. Apapun, selamat berjaya diucapkan kepada Fazura.
malaysiandigest.com

0 comments:

Post a Comment