12:33 0

Gambar terbaru Rita dan anak, Rita tak tahu Aidil ke mana




 Rita Rudaini Mokhtar atau Rita, rumah tangganya bersama pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak (Aidil), sekali lagi dilanda masalah. 

Sewaktu temujanji fotografi khas bersama Selebriti, pelakon berusia 36 tahun itu tidak mampu menyembunyikan apa yang berlaku, apatah lagi suami tiada bersama. Mereka berkahwin pada Februari 2008 dan kini mempunyai dua cahayamata, Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Qiqi Arjuna, lapan bulan.

Jelas Rita, sebaik tiba di rumah selepas pulang dari Kangar, Perlis kerana melawat kedua ibu bapanya, dia terkejut apabila mendapati Aidil sudah meninggal­kan rumah membawa bersama pakaian dan barangan peribadi.

“Saya tidak pasti punca sebenar kenapa dia mengambil tindakan sedemikian, sedangkan setahu saya segala apa kehendaknya selama ini saya patuhi. hendak kata saya pulang ke kampung tanpa pengetahuannya, tidak juga. Perkara itu sudah diberitahu lebih awal.

“Sebelum ini ke mana saja saya pergi, pasti akan dimaklumkan kepadanya, waima membawa anak-anak untuk membeli barang keperluan rumah. Sebagai isteri, saya tahu tanggungjawab saya.

“Dia suami dan saya isteri. Tempat isteri di sisi suami dan begitulah sebaliknya, tetapi sekiranya suami sendiri mengambil tindakan meninggalkan isteri dan anak-anak tanpa memberitahu sebab dan puncanya, saya jadi keliru.
Tiada sebarang pesanan ditinggalkan membabitkan tindakannya,” katanya.

Rita kini masih menunggu penjelasan suami membabitkan tindakan dibuat dan apa juga perkara mahu diambil selepas ini. Katanya, apakah maknanya sekiranya suami meninggalkan isteri dan anak-anak sedangkan dia adalah pelindung dirinya dan juga anak-anak.

“Perkara sama berlaku sewaktu rumah tangga kami bergolak pertama kali sebelum ini. Namun atas nasihat ramai, dia mengambil keputusan untuk melupakan segala masalah berlaku. Apatah lagi hubungan saya dengan ibu bapa mentua semakin baik.

“Dulu dia merayu kepada saya agar memberikannya peluang. Namun apabila meninggalkan rumah sekali lagi tanpa memberitahu masalah dan puncanya dan tidak membincangkan perkara yang dianggap masalah bagi pihak­nya, ia tidak adil.

“Kalau pertama kali, saya faham tetapi sekarang kami sudah mempunyai dua anak.
Ada masalah bawalah berbincang dan bukannya lari dan tinggalkan saya dan anak-anak terpinga-pinga,” katanya.

Tegas Rita, dia sudah penat untuk berhadapan dengan masalah ini, apatah lagi sepanjang lapan bulan selepas berbaik, dia masih memikul tanggungjawab yang sama seperti sebelum ini termasuklah menguruskan sebahagian besar keperluan anak-anak. Katanya, dia bersedia mengikut apa saja tindakan yang mahu diambil Aidil.


0 comments:

Post a Comment