Tata Mahadewi tak kisah di madu
JAKARTA: Penyanyi Tata Mahadewi membuat pengakuan berani dengan berkata dia sedia untuk dimadukan oleh suaminya.
Walaupun mereka sudah berkahwin, suaminya Erfan dikatakan selalu memandang wanita lain.
“Dia memang suka melihat perempuan cantik tapi saya tidak pernah marah. Pandang boleh tetapi yang penting jangan melakukan hubungan sulit. Selagi dia jujur, saya tidak ada masalah,” katanya ketika ditemui di Crown Plaz Hotel di Jakarta Selatan, semalam.
Katanya dia mahu suaminya jujur dan dia tidak pernah mengenakan syarat. Malah, dia berkata, dia rela suaminya berpoligami.
“Yang penting, wanita itu tidak muda daripada saya dan lebih gemuk
“Saya menerima poligami. Yang penting dia jujur. Adakah wanita itu baik dan sayangkan dia? Kalau baik, bolehlah bernikah lagi daripada membuat hubungan sulit secara diam-diam,” katanya. - Detikhot
Bagus artis ni =)
ReplyDelete