09:37 0

Azura 2012 gagal, Aziz kata sebab tiada elemen mendayu-dayu


Filem Azura 2012 gagal di pasaran apabila hanya mengutip sekitar rm 1 juta sahaja. Pengarahnya, Aziz M.Osman berkata puncanya tiada elemen mendayu-dayu seperti filem box-office cinta, Ombak Rindu.

Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, filem ini gagal kerana pelakon utama tidak cukup kuat untuk menarik penonton ke pawagam. Saya yakin dengan cerita yang baik dan pelakon yang popular, filem itu mampu menarik penonton ke wayang. Saya bertaruh, jika ada filem yang menggabungkan Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Lisa Surihani pada ketika ini sudah cukup untuk menjadi box-office dengan syarat mempunyai jalan cerita yang baik.

Faktor pelakon popular sahaja memang tidak mencukupi, kerana jalan cerita sesebuah filem itu juga memainkan peranan. Sebagai contoh filem Datin Ghairah yang mempunyai jalan cerita yang sangat lemah, walaupun membariskan pelakon popular Aaron Aziz, filem itu gagal teruk.

Ini kajian saya apabila bertanya kepada rakan-rakan secara rawak, mampukah filem ini menarik mereka ke pawagam:

1) Sesuatu Yang Tertingal - hanya 5 % tengok di pawagam
2) Keramat - hanya 10 % tengok, separuh kata tak best
3) Bujang Terlajak - hanya 15% tengok, rata rata bawa budak kecil, yang dewasa kata boring
4) Sumpahan Kum Kum- hanya 5% tengok
5) Azura - hanya 5%, sebab bawa awek/pakwe tengok wayang sama-sama
6) Hantu Dalam Botol Kicap- hanya 5% tengok, semua kata tak best
7) Chantek - tiada lagi yang tengok
8) Adnan Sempit 2 - 50% sudah bersedia nak tengok
9) Cinta Kura Kura- 15% nak tengok
10) Bunohan- semua tak tahu cerita apa tu

0 comments:

Post a Comment