PETALING JAYA – Pelakon dan model jelita, Diana Danielle mengakui kesihatannya sedikit merosot sejak kebelakangan ini dan dirinya tidak berada dalam keadaan yang stabil.
Namun dia menolak dakwaan yang mengatakan dia kononnya jatuh sakit teruk.
Diana berkata, keadaan kesihatannya yang terganggu itu kerana tidak mempunyai masa rehat yang cukup setiap hari.
“Saya akui tahap kesihatan saya tidak menentu kebelakangan ini. Ia berpunca daripada waktu tidur yang tidak tentu masa sebenarnya.
“Saya sangat sibuk dengan pelbagai komitmen kerja menyebabkan rehat dan tidur juga tidak cukup,” kata Diana seperti dalam laporan berita mStar Online.
Selain itu, sikap Diana yang tidak terlalu menjaga kesihatan dan tidak gemar mendapatkan rawatan doktor membuatkan keadaan kesihatannya juga bertambah teruk.
“Masalahnya ialah sikap saya yang tidak mengambil berat kesihatan sendiri. Saya tidak suka berjumpa doktor atau ambil ubat melainkan apabila keadaan bertambah teruk.
“Sekarang pun saya sedang demam selesema sejak dua hari lalu dan masih keberatan untuk jumpa doktor, walaupun sudah didesak beberapa kali oleh Farid,” katanya.
Menyelusuri perjalanan seninya sekarang, gadis jelita itu bakal terlibat dalam pembikinan filem animasi tempatan, Supertots The Movie yang bakal bermula pada minggu hadapan.
Filem animasi futuristik arahan Naa Murad itu berkisar tentang lima kanak-kanak yang cuba menyelamatkan bumi daripada serangan makhluk asing dan di jangka ditayangkan di pawagam pada 2013.
0 comments:
Post a Comment