14:51 0

Kepala jurujual tudung berjahit dipukul 20 lelaki


MELAKA: Akibat persaingan perniagaan, seorang jurujual tudung parah di kepala hingga menerima lima jahitan apabila dipukul dengan kayu selepas dikepung lebih 20 lelaki.
Mangsa, Junaidah Maidin, 25, bagaimanapun, bernasib baik apabila suspek berusia 20-an yang memukulnya melarikan diri selepas kayu digunakan untuk memukulnya patah sebelum dia dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Melaka untuk menerima rawatan.

Menurut Junaidah, kejadian jam 11.15 malam, 11 Februari lalu itu berlaku ketika dia bersama kakaknya, Julaiha, 42, adik, Muhammad Saufee, 20, dan Muhammad Nor, 23, serta anak saudaranya berusia sembilan tahun bersama seorang pekerja menutup premis milik keluarganya di kaki lima sebuah pasar raya di Ayer Keroh.
Katanya, selepas lampu pasar raya berkenaan dipadamkan, lelaki warga Pakistan berusia 30-an yang juga suami seorang peniaga wanita di kawasan itu mengepung mereka bersama 20 rakannya.

Menurutnya, belum sempat ditanyakan tujuan mereka, lelaki warga asing terbabit yang memanjat kerusi di luar pasar raya itu menolaknya manakala seorang rakan lelaki itu berusia 20-an memukul kepalanya dengan kayu hingga patah. “Kumpulan terbabit bertempiaran lari dan lelaki Pakistan itu melarikan diri dengan Honda Prelude hijau,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah, 15 Februari lalu

0 comments:

Post a Comment