18:14 0

Zahida Rafik Nafi Terlibat Skandal Menteri Melalui Twitter

Ada 3 episod untuk edisi kali ini.


ZAHIDA RAFIK




EPISOD 1
Zahida Rafik Putih Mata Apabila RM200,000 Dilarikan Pemandu Sendiri ]





Laporan Harian Metro ada menyebut yang pelakon dan juga ahli perniagaan, Zahida Rafik telah mengalami kerugian RM200,000 apabila di’khianati pekerja sendiri.
Zahida Rafik menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun bergelar pemandu peribadi itu sekitar 11.00 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.
“Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun & sebelum ini tidak pernah melakukan apa apa kesalahan,” kata Zahida Rafik kepada media hari ini. 
Menurut Zahida Rafik lagi, ini pertama kali beliau percayakan pemandu’nya itu dengan jumlah wang yang besar — dan sebelum ini pun, jika memerlukan apa apa urusan memasukkan wang, Zahida Rafik akan turut serta.
Wang RM200,000 itu sepatutnya menjadi bayaran kepada seorang rakan niaga keluarga beliau dari China. Persoalan’nya sekarang, apakah perniagaan yang di’jalankan Zahida Rafik sehingga mampu memegang wang sebanyak itu dalam satu masa.


EPISOD 2 
[PKR Dedahkan Aktress Popular Terima RM1.5 Juta Wang Hasil Hubungan Sulit Dengan Menteri]
Semakin hampir pilihanraya, apa sahaja boleh di’jadikan modal untuk tujuan politik. Dan, kita dalam industri hiburan boleh tumpang sekaki dengan apa yang terjadi. Heh.
Free Malaysia Today melaporkan hari ini yang ahli parlimen Ampang yang juga wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin meminta penjelasan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Menurut ahli parlimen PKR ini, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ini telah membayar RM1.5 juta kepada seorang selebriti bergelarpelakon popular kerana hubungan sulit mereka.
Zuraida Kamaruddin mendakwa yang aktress popular ini menerima RM58,000 pada Oktober 2011, RM112,000 pada November, RM330,000 pada DisemBer dan juga RM510,000 pada Januari tahun ini.
Perkara ini pada asalnya di’dedahkan oleh bebkas pemandu peribadi aktress ini sendiri selepas beliau di’dakwa melarikan RM200,000 milik aktress itu baru baru ini. Ahah!

EPISOD 3
Agak sukar untuk di’hubungi terus menerusi telefon bimbitnamun Zahida Rafik selesa untuk memberikan kenyataan balas beliau melalui akaun Twitter rasmi untuk tempoh 24 jam yang lepas untuk tatapan masyarakat umum. Hmm.
Dua hari lalu, kecoh satu Malaysia berkaitan skandal seorang ahli politik bertaraf menteri yang di’katakan membayar sejumlahRM1.5 juta kepada seorang aktress popular untuk merahsiakan hubungan sulit mereka berdua.
Dan, tidak lama untuk para peminat hiburan Malaysia untuk meletakkan nama Zahida Rafik sebagai aktress popular yang di’maksudkan ekoran pendedahan itu di’lakukan oleh bekas pemandu peribadi beliau sendiri.
Zahida Rafik melalui Twitter mengatakan yang beliau percaya bekas pemandu peribadi itu sengaja mencipta fitnah untuk mendapatkan duit segera daripada pihak tertentu & sudah menyerahkan perkara ini kepada peguam.
Menjawab pertanyaan beberapa orang awam melalui Twitter berkaitan bayaran minima RM100,000 yang beliau terima setiap kali bertemu menteri tersebut, Zahida Rafik berkata beliau berharap perkara itu benar & tegaskan yang beliau bekerja keras untuk apa yang ada sekarang ini.







0 comments:

Post a Comment