19:22 0

Norish Karman sudah rujuk peguam dan bakal buat sidang media


Setelah gambar yang mengaibkan [tentang isu anak luar nikah] tersebar luas di media, Norish Karman masih mendiamkan diri dan memberi alasan sibuk dengan kerja jika cuba dihubungi oleh wartawan.

“Rezeki orang teraniaya,” tulis Norish Karman menerusi SMS beliau yang turut mengatakan beliau kini sudah pun merujuk kepada peguam tentang perkara ini.

Wartawan Berita Harian ada melaporkan bahawa Norish telahpun merujuk peguam dan akan mengadakan sidang akhbar tentang isu ini.

Sekiranya ini hanya fitnah, diharapkan Norish mengambil tindakan undang-undang agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

0 comments:

Post a Comment