16:11 0

Pengurus Neelofa minta tidak buat spekulasi

Nama Neelofa sekali lagi dipalit kontroversi apabila Yusof Haslam dikatakan menegurnya agar jangan sombong selepas popular dan bengang keran tak turun promosi filem SAM.




PENGURUS pelakon jelita Neelofa, Amir meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berikutan tersebarnya kenyataan Datuk Yusof Haslam menegur Neelofa supaya ‘Jangan Lupa Diri’. --> LINK

“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi.

Nama pelakon seksi, Neelofa sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila dia dikatakan semakin lupa diri walaupun dirinya baru setahun jagung menceburi bidang seni.

Memetik laporan gosip sebuah akhbar yang disiarkan hari ini, perkara ini tercetus apabila Yusof, Pengarah Urusan Skop Productions mengeluarkan kenyataan ‘Jangan lupa diri’ ke atas Neelofa.


SINAR

0 comments:

Post a Comment