Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim tidak menyalahkan segelintir peminat
yang telah melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya ekoran beberapa
keping gambarnya yang ketara menampakkan bentuk badan, dimuatkan sendiri
oleh pelantun lagu Apo Kono Eh Jang? ini di laman instagramnya, baru-baru ini. Sebaliknya Fida menyifatkan peminat berkenaan telah tersalah anggap.
Menjelaskan mengenai perkara sebenar, Fida berkata dia sebenarnya baru
dilantik sebagai duta produk pelansingan badan Emorra Be Slymm juga
produk kecantikan Emorra GlowC, kira-kira sebulan lalu. Justeru gambar
tersebut bertujuan menunjukkan hasilnya yang mengamalkan produk tersebu
sejak dua bulan lalu. Sekaligus mempromosikan produk pelansingan
berkenaan.
"Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm.
Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan
lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjukkan hasilnya.
"Masa saya upload di Instagram tu, saya pula tak sertakan apa-apa
penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat tersebut dah
tersalah anggap. Saya pun tak salahkan peminat terbabit kerana mereka
tak tahu perkara sebenar dan saya pun tak beri penerangan tentang gambar
tu.
"Lagipun saya duta produk pelansingan, dan saya nak promosikan produk
tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan...?", tuturnya
kepada Malaysian Digest secara berseloroh.
Fida yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majalah Lisa
semalam diminta mengulas mengenai respon negatif dikalangan pengikutnya
di Instagram, sehingga ada yang mendakwa dirinya mangsa fesyen dan
menghamburkan kata-kata yang kurang elok.
Begitu pun hal tersebut memberi pengajaran malah katanya, dia akan lebih
berhati-hati dalam setiap pemakaiannya serta gambar-gambarnya yang
dimuat naik di Instagram, pada masa akan datang.
Sementara itu mengenai perkembangan seni, Fida bakal muncul dengan
single terbaru menerusi lagu berentak Pop Balada yang menyaksikan
kolaborasinya dengan Qalam band, tidak lama lagi.
matlamat tak menghalalkan cara...
ReplyDelete