Menerusi BiPop semalam, Ammar Alfian tampil menafikan dakwaan dia memukul Nurjihan, sebaliknya hanya menepuk bahu pelakon baru itu dengan lembut, bukannya sekuat hati seperti yang didakwa orang lain.
Di sebalik pengakuan panjang lebar model kacak itu, dia turut memberitahu ada pihak tertentu yang membenci dirinya kerana tidak senang dengan sikap panas barannya ketika bergaduh dengan Syamsul Yusof.
"Saya sedar, sehingga hari ini masih ada yang membenci saya, sebab itu apa saja cerita negatif, lontar pada saya. Saya dah minta maaf dan tak mampu melawan apa-apa lagi. Mungkin ada individu tertentu masih tak berpuas hati dengan saya."
"Saya tak tuduh Nurjihan mahupun Aiman, tapi mungkin ada individu lain yang cuba meraih publisiti dengan cerita seumpamanya dan pada masa sama memburukkan nama saya. Rekod saya memang dah buruk sebelum ini, panas baran dengan Syamsul lagi, jadi orang menggunakan alasan itu, saya ni memang takkan berubah."
"Saya dah lali, buat bodoh sajalah. Manusia, penyakit hati itu memang ada dalam diri masing-masing. Saya buat 10 kebaikan, orang tak sedar, tapi dengan satu kesilapan, orang ingat sampai bila-bila. Walaupun saya dah minta maaf, orang masih nak label saya ni panas baran. Saya tak mampu puaskan hati semua orang."
0 comments:
Post a Comment