22:37 0

Minyak RON 95 naik

Khabar angin tentang kenaikan harga RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen selitar sudah lama kedengaran sejak Pilihanraya Umum ke-13 tamat diadakan.

Bagaimanapun, berita berkenaan kembali reda selepas Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga RON95 dan Diesel dalam masa terdekat sebelum sebarang kajian dilakukan dan juga memahami masalah rakyat.

Dengan jaminan demi jaminan yang diberikan, mimpi ngeri rakyat yang sekian lama tersimpan kini menjadi kenyataan selepas Perdana Menteri mengumumkan kenaikan harga diesel dan minyak petrol RON95 pada kadar 20 sen seliter mulai tengah malam, 3 September 2013.

Pengumuman itu dibuat beliau menerusi satu sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada petang Isnin, 2 September 2013. Menurut Datuk Seri Najib, kenaikan ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan terhadap rakyat.

Sehubungan itu, minyak petrol RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter. Ini adalah kenaikan pertama sejak Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.



0 comments:

Post a Comment