Lawak Bodoh Shiro Depan Menteri
Terbaca di laman Mstar Online tentang kisah pelawak, Shiro yang sedang menempa nama sebaris nama besar pelawak lain.
Shiro dikatakan bakal digam RTM berikutan lawak tentang "bapa mertua" dengan Menteri Shabery Cheek baru-baru ini.
Shiro dikatakan cuba mengambil perhatian menteri dan membuat lawak "bodoh" dengan memanggilnya bapa mertua ekoran anak Shabery Cheek baru berkahwin.
Ramai pihak kurang senang dengan lawak itu.
Ajak berkata lawak itu hanya selingan dan tidak disiarkan secara langsung di televisyen. Lawak bapa mertua itu tidaklah keterlaluan dan bukan niat Shiro untuk mempersendakannya.
Ajak juga mewakili Shiro ingin meminta maaf sekiranya ada pihak yang terasa, dan mereka akan lebih berhati-hati membuat persembahan. -mStar-
0 comments:
Post a Comment