13:35 0

Ashraf Muslim Kena Tidur Luar

Ashraf Muslim Kena Tidur Luar


Hubungan Ashraf Muslim dan dua orang isterinya kini dilihat semakin baik. Hubungan Sakinah dan Dayana juga amat akrab.

Sehinggakan, jika berkumpul, Ashraf Muslim terpaksa tidur di luar sementara Kedua-deua isterinya itu tidur dalam bilik bersama Sarah, anak mereka.

Ini kata Dayana:
Walaupun masing-masing tidak tinggal sebumbung, kami sering berhubung dan berkumpul di rumah. Kalau saya datang berehat di rumah Sakinah, hanya saya, Sakinah dan Sarah tidur di bilik dan Ashraf kena tidur di ruang tamu.

Malah, kami mula keluar membeli-belah bersama sebab kami berkongsi cita rasa hampir sama. Bila kami keluar beli-belah, Ashraf jaga anak di rumah.

Alhamdulillah selepas pulang dari umrah dan dikurniakan Sarah, doa saya dimakbulkan. Sikit demi sikit Allah tunjukkan jalan bahawa pilihan dilalui ada hikmah sangat besar.

Ada sebab Allah belum kurniakan anak kepada saya lagi pada masa ini, apatah lagi apabila difikirkan situasi kerja saya yang tidak menentu dan lasak.

Sementara itu, Ashraf Muslim melahirkan kesyukuran kerana keluarganya menjadi semakin rapat. Memang hebat hubungan keluarga ini. Semoga Allah murahkan rezeki mereka selalu. :)

~ 20 Gambar Sarah, Anak Ashraf Muslim di sini (GAMBAR SINI)




0 comments:

Post a Comment