07:09 1

Jawapan Amar Baharin Tentang Status Hubungan Dengan Izreen Azminda



Jawapan Amar Baharin Tentang Status Hubungan Dengan Izreen Azminda


Amar Baharin telah menjawab status terkini hubungannya dengan pelakon yang baru bercerai, Izreen Azminda.

Jom dengar jawapan dari temubual bersama Utusan.

STATUS HUBUNGAN
"SAYA tak minta tapi tak juga menolak andai kata dia merupakan jodoh saya,"

"Saya sendiri tak kuasa lagi nak dengar cakap-cakap orang. Antara saya dan Izreen hanyalah teman rapat dan tak lebih daripada itu.

"Itu sahaja. Tak lebih daripada itu,"

PUNCA PENCERAIAN IZREEN
"Antara kami memang saling mengenali sebelum ini. Bila kami berada di set Kerana Terpaksa Aku Relakan dia menghadapi masalah rumah tangga dan saya yang dituduh sebagai punca.

"Selepas itu mungkin cara kami mempromosikan drama tersebut di Instagram membuatkan orang menuduh macam-macam. Perlu ingat gambar yang dimuat naik adalah di dalam set yang melibatkan watak masing-masing,"

"Yang paling penting jangan marah-marah dan jangan melayan cakap-cakap orang. Itu yang saya pegang supaya tak dilihat 'kurang cerdik' kalau melenting.

PESANAN KELUARGA AMAR:
"Saya selalu ingat pesan keluarga, jangan buat perkara bodoh yang boleh mengaibkan. Bukan sahaja maruah diri yang perlu dijaga tetapi maruah keluarga juga penting.

"Hebat sangatkan Amar Baharin sampai nak meruntuhkan rumah tangga orang? Saya masih sedar tentang perkara benar dan salah,"

TENTANG BERAYA DI RUMAH IZREEN:
"Memang benar saya mengunjungi rumah Izreen beberapa hari selepas 1 Syawal. Tapi kena ingat bukan rumah Izreen sahaja yang saya kunjungi tetapi beberapa rumah rakan artis yang lain termasuk Riz Amin dan Anita Baharum.

"Kenapa rumah Izreen sahaja yang orang nak jadikan isu? Paling tidak ini merupakan acara tahunan yang saya lakukan setiap kali menjelang Syawal. Bukan tahun ini baru saya ke sana sebaliknya sudah beberapa kali sebelum ini,"

"Saya ada mendengar dia bercerita tentang masalah yang dihadapi tetapi bukan semua. Saya yakin dia masih ada keluarga yang boleh dijadikan tempat berkongsi suka duka.

"Sebagai kawan saya mendoakan yang terbaik buatnya,"

Itulah jawapan panjang lebar dari Amar Baharin. Kalau jodoh tak kemana, namun kini masih kawan sahaja.

1 comments:

  1. Muka seiras..insyaAllah klu jodoh xkemana

    ReplyDelete