Harga Minyak Diesel, RON97 Dan RON95 Bermula 1 Disember 2014
Ramai tertanya-tanya berapa harga minyak setelah subsidi dikatakan akan dimansuhkan bermula 1 Disember ini?
Untuk pengetahuan, harga petrol dan diesel akan diapungkan mengikut harga pasaran semasa setelah subsidi dimansuhkan nanti.
Kalau ikutkan harga pasaran RON95 dan RON97 akan turun sedikit manakala harga diesel pula naik.
Dari laporan blog Siakapkeli.com.my , berdasarkan satu surat pekeliling yang tersebar di internet, dipercayai pekeliling yang diberikan syarikat IPTB(Buraqoil), harga minyak RON97 akan diturunkan sebanyak 9sen, RON95 diturunkan sebanyak 4sen manakala diesel pula membuat kejutan dengan naik sebanyak 3sen.
Berikut adalah harga terkini minyak dan diesel menurut surat pekeliling tersebut. -
RON97 - RM 2.46 seliter
RON95 - RM 2.26 Seliter
Diesel - RM 2.23 seliter
0 comments:
Post a Comment