12:49 0

Serangan Di Paris: Emma Maembong Terselamat

Serangan Di Paris: Emma Maembong Terselamat


Emma Maembong menjelaskan dia selamat dan langsung tidak terlibat sebagai mangsa dalam serangan dipercayai oleh pengganas di Paris pada Jumaat.

Melalui instagram, Emma ada muatnaik gambar di Paris dan follower tertanya-tanya status Emma Maembong.

Emma akui berada di Paris minggu lepas namun dia sebenarnya dah pulang dari negara Perancis tiga hari lalu.

Emma bersama Chacha dan Yaya Maembong pulang ke tanah air sejak Rabu lalu selepas seminggu bercuti di sana.

Ini komen Emma:

"Alhamdulillah, saya dan ahli keluarga lain selamat sahaja kerana kami sudah pulang sejak tiga hari lalu malah sekarang pun sudah mula kembali bekerja," 

Ini pula kpmen abang ipar Emma Maembong, Wan Raja:

"Alhamdulillah, kami sudah balik dari bercuti. Kami ke sana pada 2 hingga 10 November untuk bercuti.

"Kami ke Paris sehari sahaja, selebihnya berada di London," 

0 comments:

Post a Comment