17:08 0

Dato Seri Vida Buat Kejutan Akan Menyanyi Di Pentas Akhir Gegar Vaganza

Dato Seri Vida Buat Kejutan Akan Menyanyi Di Pentas Akhir Gegar Vaganza


Penaja utama rancangan Gegar Vaganza musim kedua iaitu Datuk Seri Vida sekali lagi mencuri perhatian apabila bakal membuat persembahan di pentas final.

Datuk Seri Vida akan membuat persembahan dan berganding dengan pengacara program itu iaitu Nabil dan juga Jihan.

Mereka akan menyanyikan tiga buah lagu iaitu Kerja Gila, Laukku Cukup Masin dan juga Seragam Hitam.

Apabila mengetahui Dato Vida akan membuat persembahan, Jihan berkata "Haa berani tak Tok Ram (Ramli MS) beri komen kepada Dato Vida nanti.."

Jihan Muse juga mengingatkan Dato Vida supaya membawa mikrofon sendiri agar tidak berebut dengannya ketika membuat persembahan nanti.

"Jangan lupa bawa mikrofon sendiri ya Dato.." - kata Jihan Muse yang selalu berebut mikrofon dengan usahawan popular itu.

Jangan lupa saksikan pentas akhir GegarVaganza Ahad ini di Astro Ria.

0 comments:

Post a Comment