05:58 0

Kamal Adli Dedah Sikap Emma Maembong

Kamal Adli Dedah Sikap Emma Maembong 


Kamal Adli dan juga pelakon jelita Emma Maembong kini sememangnya sedang rapat dan boleh dikatakan mereka ketika ini sedang bercinta walaupun mereka berkata hanya kawan.

Dalam satu kenyataan kepada AstroGempak, Kamal Adli telah mendedahkan 5 sikap Emma Maembong yang membuatkannya senang dengan pelakon jelita itu.

Sikap Emma Maembong di dalam rancangan realiti The House juga sememangnya tidak dibuat-buat dan ianya adalah Emma yang sebenar.

Di bawah merupakan kenyataan yang diberikan Kamal tentang sikap sebenar Emma:

1. Happy Go Lucky
Emma seorang yang happy go lucky dan sikapnya itu dapat dilihat menerusi program The House. Sungguhpun begitu, dia boleh menjadi seorang yang sangat sensitif dan cepat terasa.  Saya lebih suka lihat dia ketawa dan gembira ketika bersama adik beradiknya dalam The House. Ianya sangat natural!

2. Jujur
Saya lihat Emma sangat jujur menzahirkan rasa dan emosinya dalam The House.  Memek muka, emosi dan perasaan  yang ditunjukkan di hadapan  Chacha dan Yaya sama dengan apa yang ditonjolkannya ketika di luar lokasi atau penggambaran The House.

3. Mengambil berat
Dia memang seorang yang sangat caring. Dalam The House,  walaupun Emma sentiasa dilihat bergurau kasar dengan adik-beradiknya, namun dia sebenarnya dia sangat menyayangi serta mengambil berat tentang mereka.

4. Pemurah
Emma seorang yang pemurah. Dia suka tolong kawan-kawan dan bukan orang  yang kedekut. Dalam The House, saya dapat lihat sikap pemurahnya itu dan dia tidak berkisah untuk berkongsi apa sahaja dengan Yaya dan Chacha!

5. Baik Hati
Dia seorang kawan dan pendengar setia serta suka memberi kata-kata semangat kepada sesiapa sahaja. Dalam The House, saya dapat lihat cara dia menjaga Yaya yang sedang hamil dengan baik dan mengambil berat tentang kakaknya itu .

0 comments:

Post a Comment