10:00 0

"Saya Dah Dapatkan Pandangan Ustaz" - Ini Penjelasan Datin Seri Shahida


Awal minggu ini pengasan kosmetik popular di Malaysia iaitu Datuk Seri Aliff Syukri telah menerima kehadiran ahli baru di dalam keluarganya.

Isterinya Datin Seri Nur Shahida selamat melahirkan baby boy buat Aliff Syukri.

Kisah anaknya ini terus menjadi viral dengan pelbagai kisah yang dikupas.

Dari saat Datin Seri Nur Shahida melahirkan hinggalah kini, ada sahaja para netizen yang memberikan komen mereka. Ada yang baik dan seperti biasa ada juga yang mengkritik sesuatu tentang kehadiran anaknya itu.

Antara kritikan yang diterima sudah tentu perkongsian video di saat Datin Seri Nur Shahida melahirkan anak.

Selain itu, nama anak lelakinya itu juga menerima kritikan kerana ada yang mengur kononnya nama anak nya itu salah eja.

Menjawab komen ini, Datin Seri Shahida ada memuat naik perbualannya bersama seorang ustaz menerusi Insta Storynya.

"Ramai yang DM cakap salah ejaan dan macam-macam lagi. Alhadulillah saya dah dapatkan pandangan seorang ustaz.

"Harap tak ada yang mempertikaikan lagi"


Aduh, netizen ni pun tak agak-agak betul. Sampaikan isu  nama pun boleh jadi bahan ya. Sepatutnya kita mendoakan yang baik-baik sahaja buat si ibu dan si comel itu.

Di ruangan komen, masih ramai netizen yang memberikan ucapan tahniah kepada Shahida dan keluarag di atas kehadiran anaknya itu.

Dalam pada itu, instagram milik Yusoff Al Qardawi kini telah mencecah seramai 180,000 follower dalam masa yang singkat.

Memang padu penangan anak Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida.

PROMO HARGA MURAH



0 comments:

Post a Comment