10:15 0

Video: Sajat menjerit kena debik, bergaduh?


Semalam, melalui laman media Instagram miliknya, peniaga popular Nur Sajat telah memuatnaik satu video yang mencuri perhatian ramai.

Sebagai seorang yang digelar InstaFamous, video Nur Sajat itu telah mendapat banyak tontontan dan begitu banyak komen diberikan.

Rata-rata nak tahu apa yang terjadi tentang video itu.

Melalui video berdurasi 30 saat itu, Sajat meluahkan rasa tak puas hati dengan seseorang yang dikatakan terus menerus kondem perniagaannya.

Kemudian individu berkenaan dilihat telah bergasak dengan Sajat sambil ada seorang lagi yang membantu meleraikan pertlingkahan itu.

Ini caption Sajat: "Kurang ajar penunggu gua ini!!!tak habis habis nak kondem orang nak berniaga... KURANG AJAR SANGAT!!! @barrinamat"

Ini videonya:




Kemudian, beberapa jam selepas kejadian, Sajat ada memuatnaik satu lagi caption yang mengatakan jangan iri hati.

Ini caption Sajat: "Hidup ini jangan terlalu iri hati dan kedekut...bersabar dan terus bersabar!!!! mood raya kelaut"

Ramai yang tertanya-tanya adakah mereka berdua sememangnya berkelahi. Ataupun adakah kedua mererka ini hanya berlakon sahaja.

Di ruangan komen, ramai yang telah memberi pandangan masing-masing tentang hal ini.

Rata-rata berdebat untuk memberi poin samada mereka ebrdua berlakon atau sebaliknya.

Sehingga ramai tak tahu kisah sebenar tentang pergaduhan ini. Kita tunggu sahaja nanti keterangan dari Nur Sajat tentang hal ini.

Untuk pengetahuan, Sajat kini amat busy dengan businessnya dan antara yang laku keras ialah perniagaan bengkung miliknya dan juga perniagaan menjual barang kemas dan juga emas.

Semoga Sajat terus sukses dalam perniagaan dan juga kehidupannya.

............................

loading...

0 comments:

Post a Comment