08:48 0

Mati terjun kereta

ALOR GAJAH: Seorang wanita warga Vietnam terpaksa bertarung nyawa hampir 24 jam sebelum menemui ajal akibat pendarahan di kepala selepas terjun dari kenderaan pacuan empat roda dipandu teman lelakinya berhampiran sebuah pondok bas di Pekan Rembia, malam Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 10.45 malam itu, Huynh Anh Nguyet, 29, dikatakan terjun secara tiba-tiba menyebabkannya parah di kepala.
Mangsa mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka jam 10.30 malam Khamis lalu.

Suami mangsa, Yu Boon Seng, 49, berkata dia tidak tinggal bersama isterinya (mangsa) sejak empat bulan lalu selepas mendakwa marah dengan perbuatan isterinya yang pernah menipu sebelum ini
  “Sebelum ini, dia pernah tipu saya apabila mendakwa keluar berjumpa kawan, namun selepas menunggu lama isteri hanya pulang keesokan hari membuatkan saya marah kerana kami mempunyai anak masih kecil yang ditinggalkan di rumah. (sumber:MY METRO)

0 comments:

Post a Comment