19:49 0

OsBon Juara MLM - layak ke??


Kumpulan Osbon yang dianggotai Abon dan Os malam tadi dinobatkan juara pertandingan Maharaja Lawak Mega, sekali gus merebut hadiah wang tunai sebanyak RM350,000.
Dengan tema bebas dan muzikal, Osbon berjaya mengetepikan saingan terdekatnya iaitu kumpulan Boboi yang dianggotai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik.
Boboi jatuh ditempat kedua manakala kumpulan dari Indonesia, Saehu ditempat ketiga dan kumpulan gabungan dari Malaysia serta Singapura, Syok ditempat keempat.
Pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna itu diadili oleh Datuk Chef Wan, Zainal Abidin Hassan, Datuk Siti Nurhaliza manakala Aaron Aziz sebagai juri jemputan. Sememangnya Osbon layakkkk. hehe

Nama : Os
Nama Sebenar : Mohd Yusof Bin Abdul Hamid
Asal : Perak
Umur :50 tahun
Pencapaian : Pingat Pekerti Terpilih (PPT) oleh DYMM Paduka Sri Sultan Perak Darul Ridzwan, FFM – Pelakon Komedi Terbaik (Ghazal Untuk Rabiah)
Kerjaya : Pelakon & Penghibur

Info kumpulan Osbon (Abon) Juara Maharajalawak Mega 2011

Nama :Abon
Nama Sebenar : Sharizan Bin Ahmad
Asal : Melaka
Umur : 51 tahun
Pencapaian : Penganugerahan Bintang Cemerlang Melaka (BCM) daripada Yang Dipertua Negeri Melaka pada tahun 2006
Kerjaya : Pelakon & Penghibur

0 comments:

Post a Comment