LOS ANGELES – Empat aktivis hak haiwan antarabangsa PETA mengadakan demonstrasi separuh bogel dengan mewarnakan badan mereka.
Keempat-empat aktivis wanita itu menutup menutup payudara mereka dengan memegang sepanduk semasa berarak di sebuah lebuh pejalan kaki utama di pusat bandar Hollywood di sini Jumaat lalu.Ia dilakukan bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap kerana melakukan kelucahan melampau di tempat awam.
Namun, polis tetap menahan seketika empat wanita berkenaan yang masing-masing mewarnakan badan sebagai seekor lembu, harimau bintang, ular dan harimau.
Kumpulan aktivis berkenaan dibebaskan tidak lama kemudian selepas keterangan mereka diambil.
Demonstrasi seksi itu diadakan bagi menggesa orang ramai supaya memberi ‘kelegaan’ kepada haiwan dengan tidak memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang pada musim cuti Krismas tahun ini.
0 comments:
Post a Comment