17:01 0

Gosok gigi pagi-pagi, Opss! MU kalah lagi. =(



LONDON: Kedudukan Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris terus goyah apabila tewas 3-0 kepada New Castle awal pagi ini, iaitu kekalahan kedua berturut-turut. 
United yang kalah dengan jaringan sama 3-0 di tangan Blackburn, Ahad lalu, kini semakin terancam kedudukan kedua liga yang bila-bila masa akan dipintas Tottenham Hotspur.Malah penyandang juara itu ketinggalan tiga mata kepada pendahulu liga, Manchester City selepas jirannya itu menumbangkan Liverpool 3-0 semalam.Newcastle membuka jaringan menerusi Demba Ba pada minit ke-33, diikuti jaringan 
Yohan Cabaye pada minit ke-47.
United terus menerima nasib malang apabila Phil Jones melakukan jaringan sendiri pada minit ke-90.
Takpe teruskan lagi usaha,go man u go
Sumber : Berita Harian

0 comments:

Post a Comment