Jalan jalan cari makan di Murni SS2
Restoran ini memang popular di kalangan rakan-rakan saya. Restoren Murni terletak di Petaling Jaya, ini alamatnya, 53, Jalan SS 2/75, Petaling Jaya, Selangor 47300. Tempat ni memang dekat dengan tempat saya belajar dulu, memang selalu pergi sini dengan kawan-kawan.
Untuk landmark lain,restoran ni berdekatan dengan SStwo mall dan juga Pelita ss2. Kalau waktu malam, memang penuh tempat ni, lagi-lagi kalau weekend.
Harini saya datang ditemani husband dan adik perempuan. Saje bawa adik sebab dia tak pernah pergi, ingin cuba katanya.
Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman yang menarik disediakan di sini. Jika pertama kali datang ke sini dan ingin makan yang berat-berat, saya cadangkan cuba nasi goreng maryland dan air pink panther. Memang terbaik.
Jika datang waktu malam,keadaan akan sesak, deretan meja dan kerusi akan diatur sepanjang kedai ini. Jadi jika anda jenis yang tak boleh makan sebelah longkang dan tepi jalan, mungkin anda akan kurang selesa sikit.
Rating secara keseluruhan saya bagi : 7/10
Servis: 8/10 (waiter boleh ingat 2-3 meja punya order tanpa tulis)
Makanan: 9/10 (terbaik)
Kemudahan: 5/10 ( kurang selesa buat mereka yang pentingkan keselesaan, datang waktu siang ok)
Harga: 7/10 (berbaloi)
nasi goreng napoleon, rm 13 |
spaghetti meatball, rm 10 |
lily, pink panther dan dont worry, rm 5 each |
nasi goreng maryland, rm 10 |
0 comments:
Post a Comment