19:15 0

Harith iskander mohon maaf kerana tayang perut isterinya

Insiden Harith Iskander menayangkan gambar isterinya yang sarat mengandung dalam keadaan perut isterinya terdedah,menerusi laman sosial Twitter miliknya, telah menimbulkan kritikan negatif sesetengah pihak. Malah ada yang kata, pelakon yang mendapat jolokan King Of Comedy ini sengaja mencari publisiti murahan dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung.





Memetik kenyataan di portal mStar, Harith berkata dia tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murahan. Sebaliknya, dia sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.

"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.

"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Sekaligus Harith meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.Sama-sama kita doakan semoga Jezamine selamat melahirkan dan pasangan ini dikurniakan bayi yang comel dan sihat.

- mD

0 comments:

Post a Comment