19:50 0

Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) - NZ Jalan Ampang, KL


Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) - NZ Jalan Ampang, KL


Saya telah singgah makan sambil rehat di sebuah restoren mamak yang agak popular di sekitar KLCC.

Untuk berjalan-jalan ke KLCC, saya selalu meletakkan kenderaan di belakang restoren ini. Setelah meletakkan kenderaan di tempat parking berbayar di belakang restoren ini, anda boleh berjalan dalam 5 minit untuk ke KLCC.

Selepas puas berjalan di KLCC, dalam perjalanan menuju ke kereta, selalunya saya akan singgah makan dan minum di restoren mamak NZ Jalan Ampang ini.

Hari ini saya memesan roti bakar chese, roti sardin dan teh "o" ais. Jika belum cuba , saya cadangkan anda merasa roti bakar chesse ini. Memang sedap.

Rating secara keseluruhan saya bagi : 7/10

Servis: 7/10
Makanan: 7/10
Kemudahan: 9/10 ( sebab ada surau boleh sembahyang dan toilet)
Harga: 6/10 (mahal sikit berbanding mamak biasa.)


0 comments:

Post a Comment