TOKYO – Para penyelam mula mencari lima pekerja yang hilang dalam air yang keruh di dalam sebuah terowong yang runtuh di salah sebuah loji penapis minyak semalam, kata Jabatan Bomba Tokyo.
Ketika kejadian, seramai enam pekerja berada di dalam terowong dalam laut yang dalam pembinaan di Kurashiki semasa ia runtuh.
Namun, menurut seorang jurucakap Jabatan Bomba Tokyo, seorang daripada mereka sempat keluar
Jurucakap tersebut berkata, mangsa yang terselamat itu menyatakan air memasuki dan memenuhi terowong.
Mangsa itu memberitahu, dia mendengar suara orang yang menyatakan bahaya dan tinggalkan terowong menyebabkannya memanjat tangga sehingga ke permukaan yang selamat.
Kemalangan itu berlaku di loji penapisan Mizushima 550 kilometer ke barat Tokyo.
Kerja-kerja mencari mayat dijalankan kira-kira 90 minit sebelum ditamatkan ekoran keadaan para penyelam tidak dapat melihat dengan jelas dalam terowong tersebut.
Menurut jurucakap jabatan tersebut, terowong itu berbentuk U dan sedalam 30 meter. – AFP
0 comments:
Post a Comment