09:36 0

keluarga berpecah kerana isu video lucah

PETALING JAYA – Isu tersebarnya video bogel dan aksi mengghairahkan seorang pelakon muda dalam drama Karipap-karipap Cinta, Melia Aimelia, 19, dalam beberapa blog gosip hiburan tempatan sememangnya sentiasa menangkap mata setiap pembaca dunia artis.

Selepas Melia menafikan dia adalah gadis dalam video tersebut dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini dan membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tentang dirinya difitnah, dia sekali lagi menerima tamparan hebat ekoran kontroversi panas itu.


Kesan dari penyebaran video bogel yang dikatakan menyerupai dirinya, hubungan silaturrahim keluarganya dengan saudara-mara terdekat terputus akibat penerangan tentang kontroversi itu dari mulutnya sendiri tidak dipercayai.


Malah, Melia juga menerima kesan yang mendalam apabila periuk nasinya sebagai seorang pelakon juga turut terjejas.


“Saya akui kontroversi ini bukan sahaja mengaibkan, malah turut memporak-perandakan kehidupan saya sekeluarga. Bayangkanlah, apabila isu dibesarkan sehingga terpampang di muka hadapan akhbar semalam (Isnin), ibu bapa saya mula dihujani pelbagai panggilan dan kecaman daripada sanak saudara dan kenalan.


“Apa yang saya kesalkan, apabila saudara mara lebih mempercayai laporan-laporan tersebut berbanding penjelasan darah daging mereka sendiri,” kata Melia seperti dalam laporan mStar Online.


Selain itu, Melia berkata, disebabkan saudara-mara tidak mempercayai lagi kata-kata yang dijelaskan dari dirinya sendiri, dia lebih senang untuk menangani gosip panas itu tanpa sokongan ahli keluarga terdekat yang lain.


“Ia mengakibatkan hubungan keluarga ibu bapa menjadi tegang dan terputus. Ibu bapa saya kecewa apabila keluarga mereka sendiri bukan sahaja tidak memberikan sokongan moral malah mengecam mereka dengan kata-kata kesat.


“Biarlah, apa pun yang terjadi, kami anak beranak akan hadapi perkara ini bersendirian,” katanya.


Lantaran itu, Melia tidak akan melepaskan individu yang telah bertanggungjawab menyebarkan video tersebut hingga maruah dan imejnya tercalar teruk.


Selain itu, Melia turut kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengendali blog gosip hiburan itu yang banyak bercanggah dari fakta dan perbualan asal mereka yang dibincangkan bersama dalam akhbar itu juga.


Bulan lalu, kecoh dunia hiburan apabila video bogel seorang pendatang baru dalam industri seni tersebar meluas di blog-blog gosip dengan mengkaitkan pelakon muda, Melia Aimelia.


Namun, Isnin lalu, pengendali blog gosip itu yang turut menyiarkan laporan tersebut tampil memberikan penjelasan apabila didakwa melakukan teknik ‘superimpose’ dalam video tersebut.

0 comments:

Post a Comment