19:57 0

50 Orang Lagi Selebriti Akan Tampil Buat Tuntutan Terhadap David Teo



Nampaknya permohonan maaf secara terbuka David Teo baru baru ini tidak mampu meredakan keadaan. Saiful Apek masih bertahan memperjuangkan hak beliau dan khabarnya lagi 50 orang selebriti tempatan yang lain.


Dalam laporan Harian Metro hari ini, Saiful Apek telah menuntut David Teo untuk memulangkan wang pelaburan sebanyak RM200,000 yang di’salurkan beliau untuk dua buah filem iaitu Lady Boss & Anak Mami Kembali sekitar tahun 2005.

Menurut Saiful Apek, beliau di’tawarkan berlakon dalam kedua dua buah filem tersebut dengan bayaran RM100,000 sebelum wang tersebut di’laburkan semula ke dalam kos pembikinan.

Tambah Saiful Apek lagi, pada hari Ahad ini beliau akan mengadakan sidang media khas untuk kemukakan segala bukti dan dokumen yang beliau tandatangani untuk mengesahkan tuntutan beliau berjumlah RM200,000.

Dalam sidang media yang sama menurut selebriti bergelar pelawak ini, turut hadir 50 orang selebriti yang akan kemukakan tuntutan daripada David Teo untuk menegakkan hak masing masing yang khabarnya terabai selama ini. Interesting.

0 comments:

Post a Comment