Kisah daripada Mazidul Akmal (jiran)
Ketika tiba di rumah arwah pada jam 4.30 petang, jururawat peribadi arwah, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya sedang melakukan CPR.
"Berapa minit buat CPR?," soal saya.
"Lebih kurang 20 minit bang," balasnya.
Beberapa minit kemudian, dua kakitangan Hospital Sungai Buloh tiba di rumah dan mengesahkan beliau meninggal dunia 8 minit kemudian.
"Tiada nadi dan nafas, anak mata sudah membesar," ujar kakitangan hospital terbabit.
Isteri arwah kemudian dimaklumkan berhubung pemergiannya.
Ahli keluarga beliau telah dimaklumkan.
Saya telah menghubungi Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi.
Kini jenazah sedang diziarahi oleh orang ramai di rumah arwah, C1-4-4, Salvia Apartment, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
al-fatihah//semoga rohnya dicucuri rahmat allah s.w.t..amin..
ReplyDelete