10:38 0

Gossip dari rotikaya: Penyanyi Program Realiti Dua Kali Paksa Kekasih Gugurkan Kandungan

SUMBER: portal ROTiKAYA

Agak lama kami tidak keluar dengan gossip tidak memetik nama selebriti. Rindu untuk buat segelintir mereka yang terlibat dalam gossip untuk tidak senang duduk. Termasuk mereka yang kami maksudkan dalam gossip ini. Heh.


Gossip ini kami terima dari mereka yang sangat rapat dengan si perempuan tetapi meminta kami untuk tidak mendedahkan identiti demi kebaikan mereka berdua & kisah ini biar jadi pengajaran buat semua yang membaca.

Penyanyi lelaki yang terbit dari sebuah program realiti TV ini memang pernah terkenal dengan sikap playboy selepas keluar dan sebenarnya mempunyai kekasih sedang peminat kecoh dengan hubungan beliau dengan beberapa gadis.

Demi cinta dan mengharapkan penyanyi ini untuk setia selamanya, si kekasih rela di’bawa menjadi teman tidur asalkan penyanyi ini tidak menghabiskan malam bersama wanita lain. Dan, nyata percaturan kekasih penyanyi ini salah.

Kekasih penyanyi ini di’sahkan mengandung sekitar Mac 2011 yang lalu sebelum penyanyi lelaki berbadan sasa ini memaksa untuk gugurkan kandungan demi menjaga nama baik kedua dua belah pihak. Sebagai perempuan, menurut kata kekasih ketika itu merupakan pilihan terbaik.

Dan, perbuatan mereka berulang dan si kekasih sekali lagi di’sahkan mengandung pada Disember 2011 dan terpaksa menggugurkan kandungan di sebuah klinik swasta pada Januari 2012 yang lalu.

Penyanyi tersebut khabarnya kini sudah tidak keruan kerana si kekasih sudah terlalu mendesak untuk mereka berdua berkahwin & takut akan kejadian sama berulang untuk kali ketiga sedangkan masing masing masih muda — terutama lelaki yang masih mahu enjoy.

0 comments:

Post a Comment