Rancangan Masterchef mendapat sambutan hangat bukan saja di negara luar, malah di Malaysia. Mungkin atas sebab itu, Astro membuat keputusan untuk menerbitkan program realiti MasterChef Selebriti Malaysia, yang akan disiarkan melalui rangkaian Astro Ria (saluran 104). Program ini khabarnya akan disertai oleh 16 selebriti terkenal tanah air dan memulakan penggambaran 27 Mac 2012.
tekan ---> Klik sini untuk terus membaca
Ia menggunakan konsep yang serupa dengan konsep MasterChef Malaysia dan akan menampilkan Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan dan Louisa Chong.
Sesi Rakaman MasterChef Selebriti Malaysia pertama akan diadakan di Dapur MasterChef yang terletak di Industrial Park, Shah Alam pada Selasa depan.
MasterChef Selebriti Malaysia diinspirasi daripada kejayaan MasterChef Malaysia yang telah berjaya menobatkan Dr Izani Farhana Md Monoto sebagai juara
. Macam mana agaknya Azwan Ali memasak di dapur MasterChef? Bagaimana pula sengan Serina yang ahli keluarganya merupakan chef-chef terkenal? Adakah terdapat laharan dan laser-melaser? Nantikan hanya di MasterChef Selebriti Malaysia!
0 comments:
Post a Comment