12:29 0

Temui Awie,Fizz Fairuz & Ainul Aishah Di Karnival WAnITA Pada 5-6 Mei ini



Karnival ini adalah karnival pertama anjuran WAnITA, MySoHo dan Stars Touch Media Sdn. Bhd.. Karnival ini bertujuan untuk menggalakkan para wanita untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan di samping mengajak penduduk setempat untuk memeriakahkan dan membeli-belah di karnival ini. Karnival ini terbuka untuk keluarga dan umum di mana pihak Encorp Berhad, telah berbesar hati untuk menaja lokasi karnival dua hari ini. Pihak WAnITA amat berterima kasih kerana lokasi ini sememangnya amat cantik dan terletak ditengah-tengah Kota Damansara. Usaha murni pihak Encorp juga amat dipuji kerana pihak Encorp juga telah menaja bahagian kanak-kanak (Kidz Corner) yang khas untuk kanak-kanak bermain sementara menunggu ibu bapanya membeli belah.

Karnival dua hari ini akan menyaksikan para ikon WAnITA yang akan turun padang untuk bersama-sama menjayakan karnival pertama WAnITA ini. Fizz Fairuz juga khabarnya akan membawa teman barunya ke karnival ini pada hari Ahad, 6hb Mei pukul 3ptg. Malah Ainul juga akan berniaga selama dua hari. Ada seorang lagi selebriti jelita akan turut serta melelong sebuah perabot tajaan Roma-Italia yang mana hasil lelongan tersebut akan disalurkan kepada sebuah badan kebajikan yang akan diu ukan pada hari tersebut. Siapa jelitawan itu hanya akan diketahui pada hari Sabtu 5hb Mei 2012 pada pukul 3ptg.

Seramai 30 usawanita akan berniaga di karnival ini. Karnival ini juga akan menyaksikan demonstrasi masakan dan penghiasan kek cawan oleh beberapa usahwanita di samping pertunjukan fesyen oleh pereka cyber terkenal, Hideaki dan beberapa pengeluar fesyen yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan WAnITA sendiri. WAnITA juga akan mengadakan satu pertandingan karaoke terbuka kepada pengunjung karnival dimana kutipan daripada penyertaan yang hanya bernilai RM10 itu akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang terpilih..Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk seisi keluarga selama dua hari karnival berlangsung.

0 comments:

Post a Comment