PELAKON dan pelawak terkenal, Mohd Razizan Abdul Razak atau dikenali sebagai Zizan Razak dilaporkan semakin sembuh setelah dimasukkan ke wad Pusat Perubatan Pantai, Bangsar Ahad lalu akibat masalah keradangan otot.
Menurut Pengurusnya, Marina Juki, kejadian berlaku sewaktu Zizan sedang bersiap untuk bertolak ke Ipoh bagi menjayakan siaran live Melodi Jom Heboh.
Quote:
“Kami tiba di unit kecemasan hospital tepat jam 1.30 pagi. Doktor membuat ujian darah sebanyak dua kali dan hasil ujian darah tersebut, doktor mengesahkan Zizan mengalami ‘acute myositis’ atau keradangan otot. “Sepanjang proses rawatan, Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk mengembalikan tenaganya. “Alhamdulillah, buat masa sekarang dia telah stabil dan insya-ALLAH, akan dibenarkan keluar wad hari ini, cuma batuknya masih belum berkurangan,” katanya ketika dihubungi Zass.Jelas Marina, doktor menasihatkan Zizan supaya berehat sekurang-kurangnya dua minggu bagi memastikan dia pulih sepenuhnya. “Sebarang aktiviti seninya terpaksa diberhentikan buat seketika. Dia juga perlu menangguhkan penggambaran filem Tokan buat masa sekarang. “Menerusi filem itu, Zizan sebagai pelakon utama, tetapi hanya beberapa babak ringan sahaja yang tinggal memandangkan babak penting telah disiapkan sebelum ini. “Bagaimanapun ia bergantung kepada tahap kecergasan Zizan sendiri. Saya rasa dalam minggu hadapan dia sudah boleh memulakan kerjanya seperti biasa,” katanya. |
0 comments:
Post a Comment