Anggota trafik dipukul dua mat rempit bergantung pada mesin untuk hidup
Seorang anggota polis trafik, Koperal Mustaghni Tabri, 48 terpaksa bergantung kepada mesin untuk terus hidup setelah dia dipukul dua mat rempit semasa sedang bertugas dalam operasi cegah lumba haram. Keadaan mangsa dikatakan sangat kritikal. Ketika kejadian pukul 1.45 pagi itu, mangsa parah dirempuh dan dihentak dengan topi keledar oleh dua mat rempit.
“Saya yakin suspek akan ditahan. Klang bukan besar sangat. Diharapkan dia insaf dan menyerah diri kepada polis,” kata Mohd Hafiz, 21, anak sulung Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang koma akibat dilibas dengan topi keledar oleh Mat Rempit, kelmarin.
Mustaghni, anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dilibas dengan topi keledar di belakang kepalanya oleh Mat Rempit ketika operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda, di sini, jam 1.45 pagi kelmarin.
Mohd Hafiz yang ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, di sini, semalam berkata, doktor memaklumkan ayahnya masih kritikal dan memerlukan bantuan mesin hayat.
“Doktor memberitahu ayah diberi perhatian rapi berikutan kurang tindak balas termasuk jantung, organ perkumuhan dan pengaliran darah.
“Perbuatan suspek sangat kejam. Apapun kami sekeluarga berharap ayah kuat dan sembuh,” katanya yang juga juruteknik bunyi di sebuah syarikat di Petaling Jaya.
0 comments:
Post a Comment