Setelah 3 bulan mendirikan rumahtangga bersama Yusry, Lisa Surihani akui berat badannya naik sehingga 4 atau 5 kilogram. Lisa akui gembira kerana berat badannya kini adalah normal dengan ketinggiannya.
"Dulu berat badan saya hanya 46 kilogram tetapi kini sejak berkahwin berat saya naik sehingga 50 kilogram.
"Saya memang suka makan, tetapi semasa bujang tidaklah mudah untuk berat badan naik sehingga begini.
"Orang kata mungkin hormon dan kadar metabolisma saya sudah berubah selepas kahwin. Itu yang jadi begini.
"Namun saya tetap bahagia dengan berat badan saya kini kerana ia adalah berat badan yang normal untuk ketinggian saya,"
0 comments:
Post a Comment