10:43 0

Filem Mantera gagal, apa kata Tomok

Walaupun Filem Mantera menampilkan kelainan, namun ianya masih gagal menarik minat penonton untuk pergi ke pawagam. Kutipan yang dicatatkan hanyalah rm 350 ribu sahaja. Jom tengok apa kata Tomok:

Filem Tak Laku Tidak Gagalkan Semangat Tomok
Tomok.
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail tidak pernah menyesal terlibat dalam filem pertamanya iaitu Mantera (MAN Transformable Exo-Robotic Armor) yang gagal mendapat sambutan daripada penonton.
Tomok, 28, berkata, walaupun kutipan filem itu hanya mencatat RM350 ribu ia tidak bermakna Mantera arahan Mohd Aliyar Ali Kuthy itu gagal dan lakonannya kurang bermutu.
"Mungkin filem itu gagal mendapat tempat di hati penonton tetapi sebagai seorang pelakon saya telah melakukan yang terbaik untuk Mantera dan mungkin belum rezeki nama saya menyerlah dalam bidang lakonan," ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Tomok, dia cukup bertuah kerana dapat bekerjasama dengan ramai individu yang berpengalaman dalam bidang perfileman dan ada di antara mereka dari luar negara.
"Jika dilihat dari aspek teknikal dan penerbitan filem ini ia sebenarnya ia bukan mudah dan memerlukan kemahiran pakar. Saya bertuah dapat bekerja dengan mereka," katanya.
Dalam pada itu, Tomok berkata, walaupun filem itu menerima pelbagai kritikan tetapi dia bersyukur apabila lakonannya mendapat ulasan baik dan itu telah cukup membuatkannya gembira.
Tomok bagaimanapun memberitahu, pujian itu tidak menjadikannya bangga diri tetapi menjadikannya sebagai satu pembelajaran supaya lakonannya akan bertambah baik pada masa akan datang
"Masa menerima tawaran Mantera saya sangat kurang dengan ilmu lakonan dan ia adalah sebagai salah satu percubaan berani saya dan Alhamdulillahlah ada pihak yang memuji lakonan saya.
"Jika dikritik pun saya tetap terima kerana sedar untuk berjaya kita perlu mengharungi kesusahan terlebih dahulu dan ia akan menjadi pemangkin semangat buat diri saya," katanya.
Sementara itu, Tomok berkata, dia akan terus berlakon jika ada tawaran selepas ini kerana ia memberi kepuasan berbeza berbanding nyanyian.
"Saya mula selesa bergelar berlakon kerana ia memberi kepuasan berbeza. Namun itu tidak bererti saya akan meninggalkan dunia nyanyian kerana kedua-dua bidang itu boleh berjalan seiring," katanya.
Dalam perkembangan lain, Tomok menjelaskan dia berdebar menunggu reaksi penonton terhadap filem keduanya iaitu Istanbul Aku Datang gandingannya bersama Lisa Surihani dan Beto Khusyairi yang akan masuk panggung akhir tahun ini.

0 comments:

Post a Comment